Polis cari pemandu Toyota Vios lawan arus di laluan motosikal

Polis giat mengesan pemandu kereta Toyota Vios yang memandu secara melawan arus di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, di sini, Rabu lalu.
Polis giat mengesan pemandu kereta Toyota Vios yang memandu secara melawan arus di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, di sini, Rabu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan pemandu kereta Toyota Vios yang memandu secara melawan arus di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, di sini, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, sebuah motosikal Yamaha RS15 yang ditunggang seorang lelaki berusia 29 tahun terbabas melanggar tembok kiri di lorong motosikal akibat mengelak kereta terbabit.

"Berdasarkan rakaman video yang berjaya dirakam oleh penunggang motosikal itu, sebelum kejadian, jelas menunjukkan Toyota Vios melawan arus di laluan motosikal secara tiba-tiba keluar dari terowong.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terlanggar tembok di kiri bahu jalan, manakala kereta tersebut meneruskan perjalanan dengan melawan arus," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, kemalangan menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai pegawai bank itu mengalami kecederaan di lutut kiri.

Beliau berkata, semakan mendapati nombor pendaftaran kereta terbabit beralamat di Kuching, Sarawak.

Katanya, polis meminta pemandu atau pemilik kereta itu datang menyerah diri di Balai Polis Trafik JSPT Kuala Lumpur atau sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Shamsul Kamal atau Asisten Superintendan Khairul Naim di talian 03-20719999.

Terdahulu, video kejadian itu tular di media sosial Facebook hingga hantaran tersebut menjadi topik hangat warganet.

Artikel Berkaitan:

Susulan kejadian itu, ramai yang memberikan komen bahawa kejadian seumpamanya sudah semakin menjadi-jadi yang mana pemandu kereta memasuki laluan penunggang motosikal.