X

Kindly register in order to view this article
!

PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 21 September

pdrm
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Daerah Kluang Johor, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail antara enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Mohd Abduh dilantik sebagai Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Kinarut, Sabah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Pertukaran lain melibatkan Superintendan E2C2, Cawangan Khas, Bukit Aman Superintendan Nur Azlin Lim Wee Lin dilantik selaku Pegawai Turus E3F Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif dilantik menjadi Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Pulau Pinang dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Pertukaran lain turut menyaksikan Pegawai Turus Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor Superintendan Low Hang Seng dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Asmawati berkata, Penolong Pengarah (Pengurusan Fasiliti) Cawangan Pengurusan Fasiliti, Bahagian Fasiliti, Bekalan, Aset, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman Supt Basri Abu Bakar dilantik sebagai Penolong Pengarah (Telekomunikasi) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Pertukaran lain turut melibatkan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu Lintas) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Superintendan Gan Chip Pho dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Pahang, dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!