MPK mula kompaun premis tak gantung Jalur Gemilang

Surat pekeliling yang sudah dikeluarkan MPK kepada pemilik perniagaan di sekitar Kuantan berhubung pemasangan Jalur Gemilang.
Surat pekeliling yang sudah dikeluarkan MPK kepada pemilik perniagaan di sekitar Kuantan berhubung pemasangan Jalur Gemilang.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mula mengenakan kompaun kepada pemilik premis di daerah ini yang gagal menggantung Jalur Gemilang di premis perniagaan mereka.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, tindakan penguatkuasaan itu dilakukan selepas lebih tiga minggu pemberitahuan berhubung pemasangan bendera.

Menurutnya, walaupun arahan berkenaan sudah dilakukan namun masih ada pemilik premis yang gagal berbuat demikian.

“Kita dapati masih banyak premis gagal mematuhi syarat lesen seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Jadi tindakan kompaun terus dikenakan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, Jalur Gemilang perlu dikibarkan di hadapan premis perniagaan bukan di bahagian tepi atau belakang.

Jelasnya, penyerahan notis serahan tangan bermula 27 Julai lalu bagi arahan pemasangan Jalur Gemilang di premis perniagaan.

Artikel Berkaitan: