Warga Perancis gelang pink dimasukkan ke pusat kuarantin

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Warga Perancis yang memakai gelang merah jambu dan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) telah dimasukkan ke pusat kuarantin lewat petang semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, ia susulan kelonggaran kuarantin bagi peserta My Second Home Programme (MM2H) di kediaman terbatal apabila kerajaan mewajibkan semula kuarantin 14 hari di stesen kuarantin pada 24 Julai lalu.

Beliau berkata, lelaki yang menyertai program berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.25 pagi semalam.

"Beliau tidak bergejala dan ujian saringan Covid-19 di KLIA mengesahkan beliau negatif sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan penerbangan domestik ke Langkawi," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, setibanya di Langkawi, lelaki itu ditahan oleh Pasukan Gerakan Am kerana memakai gelang merah jambu yang memberi indikasi statusnya sebagai individu di bawah siasatan (PUS) dan berada di kawasan awam.

"KKM mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan keprihatinan agensi lain dan rakyat dalam mengawal dan mencegah penularan Covid-19," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Perancis ‘gelang pink’ negatif Covid-19

Terdahulu media melaporkan lelaki berusia 64 tahun itu ditahan ketika berada di ruang legar LTAL.

Siasatan mendapati memasuki negara ini dari Paris menerusi penerbangan Qatar Airways ke Doha sebelum tiba di KLIA.

Artikel Berkaitan: