Polis Pulau Pinang serbu 556 premis judi sejak Januari

Operasi memotong bekalan elektrik di premis yang sebelum ini menjalankan aktiviti perjudian.
Operasi memotong bekalan elektrik di premis yang sebelum ini menjalankan aktiviti perjudian.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 862 individu telah ditahan melalui 556 Ops Dadu membabitkan aktiviti perjudian di negeri ini sejak 1 Januari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, serbuan turut merampas 890 buah telefon serta komputer yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian selain merampas wang tunai berjumlah RM361,478.

"Bagi memastikan aktiviti perjudian ini dapat dilumpuhkan di negeri ini, polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melaksanakan operasi pemotongan bekalan elektrik ke atas premis yang sebelum ini dikesan menjalankan aktiviti judi loteri awam haram dan judi dalam talian," katanya dalam satu kenyataan.

Operasi memotong bekalan elektrik di premis yang sebelum ini menjalankan aktiviti perjudian.
Operasi memotong bekalan elektrik di premis yang sebelum ini menjalankan aktiviti perjudian.

Beliau juga memberitahu, operasi dijalankan serentak di seluruh negeri hari ini bermula jam 10 pagi dan sebanyak 23 premis telah ambil tindakan.

Menurutnya, polis mendapati aktiviti perjudian dilakukan dengan berselindung di sebalik kedai yang menjalankan perniagaan runcit, telefon bimbit dan menjual barangan terpakai.Katanya, bagi memastikan Pulau Pinang bersih daripada aktiviti perjudian haram ini, pihaknya telah melancarkan Ops Dadu Khas sejak 18 Ogos lalu untuk.

Artikel Berkaitan: