RON95 dan RON97 naik 3 sen, diesel turun 2 sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 22 hingga 28 Ogos ini.
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 22 hingga 28 Ogos ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 22 hingga 28 Ogos ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.80).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: