Covid-19: Sembilan kes baharu hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sembilan kes baharu positif Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima kes merupakan penularan dalam negara.

"Tiga kes baharu dikesan daripada Kluster Tawar dan satu Kluster Maju selain satu kes saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal di Sarawak," katanya.

Menurutnya, empat kes merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan ketika berada di luar negara.

"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 9,249 kes dengan 179 kes yang masih aktif," katanya

Beliau berkata, tujuh kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk empat memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari hari. Kes kekal pada 125 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 13 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenar discaj hari ini.

Artikel Berkaitan:

"8,945 kes iaitu 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.