Polis Jempol rampas 245 bungkusan daun ketum

Mohd Khairiel (dua dari kiri) menunjukan daun ketum yang dirampas di Felda Pasoh, Rabu lalu.
Mohd Khairiel (dua dari kiri) menunjukan daun ketum yang dirampas di Felda Pasoh, Rabu lalu.
A
A
A

JEMPOL - Sebanyak 245 bungkusan plastik berisi daun ketum seberat 58 kilogram bernilai RM5,000 dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Felda Pasoh, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, rampasan berkenaan merupakan yang terbesar tahun ini di Jempol.

Menurutnya, kesemua bungkusan plastik berkenaan dijumpai di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

"Serbuan pada jam 5.45 petang itu turut menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dan ujian urin mendapati suspek yang juga penduduk Felda berkenaan positif methamphetamine," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol hari ini.

Daun ketum jenis urat merah dan putih ini dipercayai diperoleh dari negeri utara.
Daun ketum jenis urat merah dan putih ini dipercayai diperoleh dari negeri utara.

Mohd Khairiel berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan siasatan, daun ketum berkenaan jenis urat merah dan putih diperoleh dari utara negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Daun ketum ini dipasarkan ke sekitar daerah Jempol sebelum pembeli menjualnya semula dalam bentuk cecair dicampur dengan ubat batuk dan lain-lain bahan terlarang sama ada dalam botol atau plastik," katanya.