63 kg daun limau dirampas di Bukit Kayu Hitam

Daun limau dari Thailand dirampas kerana tidak mempunyai kebenaran untuk dibawa masuk ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam hari ini.Foto: Maqis
Daun limau dari Thailand dirampas kerana tidak mempunyai kebenaran untuk dibawa masuk ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam hari ini.Foto: Maqis
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 63 kilogram daun limau dari Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam hari ini.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Roslind berkata, barang pertanian tersebut dianggarkan bernilai RM315 dan dirampas kerana tidak mempunyai dokumen yang sah seperti permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan Maqis dan Sijil Fitosanitasi dari negara asal.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit Import yang sah menjadi kesalahan di bawah Sekyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) di bawah Akta sama, jika boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, Maqis sentiasa memantau dan memeriksa keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan setiap barangan mempunyai kebenaran dibawa masuk.

"Pemantauan bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar,"katanya.

Artikel Berkaitan: