Pekerja ladang maut nahas

Lokasi nahas melibatkan dua kenderaan yang mengorbankan nyawa seorang penunggang motosikal pagi tadi.
Lokasi nahas melibatkan dua kenderaan yang mengorbankan nyawa seorang penunggang motosikal pagi tadi.
A
A
A

PEKAN - Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal ditungganginya terlibat nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 43, Jalan Kuantan-Segamat, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa, Mohd Najib Ahmad Duki, 41, dari Felda Chini 2 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta, Mohd Nazrul Fikri Khalid, 28, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari arah simpang Kompleks Pejabat dan Perumahan Ladang Sri Resak menghala ke Ladang Sri Resak, Paloh Hinai di sini.

"Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai menyeberang jalan dari arah kiri ke kanan jalan sebelum dilanggar kereta Jenis Honda Civic dipandu Mohd Nazrul yang datang dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

"Akibat kejadian, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: