Kajian kenal pasti Kluster Sala, Tawar punyai mutasi D614G

Kajian dilakukan bagi mengenal pasti sama ada Kluster Sala dan Tawar mempunyai mutasi jenis D614G seperti Kluster Sivagangga. - Gambar hiasan 123RF
Kajian dilakukan bagi mengenal pasti sama ada Kluster Sala dan Tawar mempunyai mutasi jenis D614G seperti Kluster Sivagangga. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

TANJUNG MALIM - Kajian masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada Kluster Sala dan Tawar mempunyai mutasi jenis D614G seperti Kluster Sivagangga berkaitan wabak Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya memandang serius peningkatan kes kedua-dua kluster pandemik berkenaan dan segala pemantauan serta pencegahan giat dilakukan.

"Virus memang bersifat begini... ia akan mutasi kerana mahu hidup, bukan mahu bunuh perumah, tetapi kita tidak tahu adakah ia bersangkutan (mutasi D614G). Kajian masih dilakukan," katanya di Felda Gunung Besout 4, di sini hari ini.

Virus mutasi D614G dilaporkan berisiko meningkatkan kebolehjangkitan Covid-19 lebih 10 kali ganda dalam kalangan mereka yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

Lapan kes baharu dilaporkan pada Rabu lepas melibatkan negeri Kedah dan Pulau Pinang, menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi Kluster Tawar sebanyak 55 kes manakala tiga kes baharu dilaporkan di Kedah, menjadikan 11 kes membabitkan Kluster Sala. - Bernama

Artikel Berkaitan: