Kes Covid-19 Brazil cecah 3.5 juta

Brazil menjadi negara kedua terburuk dari segi kes dan kematian di dunia selepas Amerika Syarikat yang dilanda virus itu. Foto: Xinhua
Brazil menjadi negara kedua terburuk dari segi kes dan kematian di dunia selepas Amerika Syarikat yang dilanda virus itu. Foto: Xinhua
A
A
A

SAO PAULO - Brazil pada Khamis mencatatkan 45,323 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 3,501,975, lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan negara itu.

Seramai 1,204 lagi dilaporkan maut akibat penyakit itu dan ia melonjakkan angka kematian kepada 112,304.

Brazil menjadi negara kedua terburuk dari segi kes dan kematian di dunia selepas Amerika Syarikat yang dilanda virus itu.

Di bahagian tenggara Sao Paulo, negeri yang paling ramai penduduknya, menjadi pusat penularan virus Covid-19 dengan 27,905 kematian diikuti Rio de Janeiro dengan 15,074 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: