Covid-19: Sekolah selamat untuk pelajar

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meninjau sesi pembukaan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, Kuala Lumpur. Turut kelihatan, Radzi yang mengiringi Seri Paduka.

A
A
A

PANDEMIK Covid-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada sektor pendidikan di Malaysia. Sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup selama hampir empat bulan hingga menyebabkan seramai lebih 5.7 juta pelajar tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran.

Kini, telah hampir sebulan sesi pembukaan semula sekolah dilaksanakan. Sebelum sesi dibuka secara rasmi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti tiga model pengoperasian.

Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran diperkenalkan bagi memastikan setiap warga sekolah dapat memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KPM.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) beramah mesra dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Lokman, Kuala Lumpur ketika lawatannya bersama Radzi (kanan).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) beramah mesra dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Lokman, Kuala Lumpur ketika lawatannya bersama Radzi (kanan).

Selain perlu mengamalkan konsep penjarakan dan kebersihan diri, suhu badan guru, murid dan semua warga sekolah direkodkan setiap hari.

Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius atau menunjukkan simptom, tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Tiada sebarang aktiviti perhimpunan atau perkumpulan dibenarkan.

SOP ini secara tidak langsung dapat mengekalkan tahap kesihatan warga sekolah sekali gus membuktikan sekolah adalah tempat selamat untuk pelajar.

Artikel Berkaitan:

Seorang murid di Sekolah Kebangsaan Putrajaya memberikan hand sanitizer kepada Radzi.
Seorang murid di Sekolah Kebangsaan Putrajaya memberikan hand sanitizer kepada Radzi.

Memetik kenyataan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, pembukaan semula sesi persekolahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan pelajar, khususnya di luar bandar yang bermasalah untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

LAWATAN KERJA MENTERI KE 64 BUAH SEKOLAH

20 Mei 2020:

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

SMK Bandar Baru Bangi

3 Jun 2020:

SMK Engku Husain

SMK Bandar Tasik Kesuma

SMK Khir Johari

14 Jun 2020:

SMK Padang Enggang

SMK Kadok

SMK Ketereh

SK Desa Pahlawan

SMK Selising

SMK Bukit Jawa

SM Sains Pasir Puteh

SMK Chalok

15 Jun 2020:

SMKA Dato’ Haji Abbas

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu

17 Jun 2020

SMK Dato’ Klana Putra

SMK Mantin

SMK Dato’ Sheikh Ahmad

23 Jun 2020:

SM Sultan Alam Shah

SMA Persekutuan Kajang

SM Sains Selangor

SM Teknik Kuala Lumpur

SM Sains Alam Shah

24 Jun 2020:

SMK Cochrane

SMK Taman Maluri

SMK Datok Lokman

26 Jun 2020:

SMK Danau Kota

1 Julai 2020:

SK Putrajaya 11 (1)

SK Putrajaya 8 (2)

15 Julai 2020:

SMK Sri Suria 1

SMK Dato Mahmod Paduka Raja 1

SMK Tanah Merah

SMK Batu Gajah

SMK Machang

SMK Hamzah

SK Ketereh

16 Julai 2020:

SMK Seri Saujana

SMK Bandar Baru Seri Petaling

SMK Seri Menanti

18 Julai 2020:

SMK Elopura

SMK Sandakan

SMK Taman Fajar

SMK Titingan

SMK Kinabutan

SMK Tanjung Batu

19 Julai 2020:

Radzi menyantuni pelajar dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya, Kota Kinabalu.
Radzi menyantuni pelajar dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya, Kota Kinabalu.

SMK Bandaraya

SK Gantisan

SK Pangiran Siti Hafsah

SK Lapasan

20 Julai 2020

SK Putrajaya Presint 8 (1)

SMK Putarajaya Presint 8 (1)

22 Julai 2020:

Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Besi 1 turut dikunjungi Radzi dalam rangka lawatannya.
Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Besi 1 turut dikunjungi Radzi dalam rangka lawatannya.

SK Sungai Besi

SK Seri Bintang Utara

SK Taman Tun Dr Ismail (2)

SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS)

Radzi turut membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besi 2.
Radzi turut membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besi 2.

13 Ogos 2020:

Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota

SMK Manjalara

14 Ogos 2020:

SMK Sungai Ara

SMJK Phor Tay

15 Ogos 2020:

SMK Bandar Putra

SMK Mohd Khalid

Sekolah Tun Fatimah

16 Ogos 2020:

SMKA Johor Bahru

SK Taman Cendana