X

Kindly register in order to view this article
!

Hafizh sah tidak berlumba di GP Styria

Hafizh Syahrin
A
A

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengesahkan dia tidak boleh berlumba pada Grand Prix (GP) Styria hujung minggu ini.

Perkhabaran itu dimaklumkan sendiri oleh pelumba berusia 26 tahun itu menerusi satu klip video menggunakan aplikasi WhatsApp malam tadi.

Menurut pelumba Inde Aspar Team Racing itu lagi, dia telah dinasihati oleh doktor supaya berehat daripada menyertai GP berkenaan minggu ini.

"Saya dikhabarkan tak boleh race lagi minggu ni disebabkan 'pain' itu masih sakit lagi.

"Bila buat ujian (test) tadi saya cuba tahan kesakitan itu, tapi tak boleh tahan kesakitan tu,.

"Saya memang nak cuba nak try, tapi tak boleh kerana saya kena rest (berehat)," katanya.

Untuk rekod, Hafizh mengalami kecederaan setelah terlibat dalam kemalangan pada GP Austria minggu lalu apabila jenteranya merempuh jentera pelumba Italstran Racing Team, Eana Bastianini yang terlebih dahulu 'tersadai' di trek setelah pelumba Itali itu dipercayai gagal mengawal jenteranya hingga terjatuh.

Kemalangan berkenaan turut melibatkan dua pelumba dua pelumba lain iaitu Edgar Pons dari Sepanyol mewakili Federal Oil Gresini Moto2 dan Andi Farid Izdihar dari Indonesia (Idemitsu Honda Team Asia).

Difahamkan, pelumba MotoE, Aspar Racing Team Alejandro Medina, 23 dipilih bagi menggantikan tempat Hafizh pada GP Styria kali ini.

Sementara itu Hafizh berkata, dia berazam untuk kembali berlumba tahun hadapan.

Malah katanya, kali ini dia akan tampil dengan lebih bertenaga bagi mengharungi perlumbaan seterusnya.

"Saya akan tampil lebih kuat (stronger) untuk race akan datang.

"Terima kasih kerana mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya di sini (Austria), jumpa lagi di GP San Marino," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!