X

Kindly register in order to view this article
!

Pas mahu wujudkan pertandingan satu lawan satu

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Pas duduk bersama dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional adalah untuk memastikan wujud pertandingan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pertandingan satu lawan satu itu mahu diwujudkan membabitkan antara gabungan partinya dengan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PN dan persefahaman yang dibentuk dengan UMNO dalam Muafakat Nasional untuk memastikan Pas, Bersatu serta UMNO memilih seorang calon untuk menentang PH.

“Kita duduk bersama dalam PN dan Muafakat Nasional untuk wujudkan penyatuan politik untuk semua parti yang terlibat.

“Asasnya penyatuan itu untuk pastikan dalam PRU15 nanti akan ada pertandingan satu lawan satu antara gabungan parti dengan PH,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan, timbul tanda tanya adakah Muafakat Nasional berada di ambang perpecahan berikutan keputusan Pas mahu mendaftarkan PN bersama Bersatu.

Bagaimanapun, Khairil Nizam berkata, pihaknya tidak dapat menghalang sekiranya ada calon Bebas yang turut sama bertanding dalam PRU15.

“Kita mahu Pas, UMNO dan Bersatu sepakat memilih seorang calon yang mahu diketengahkan kerana fokus kita untuk melawan PH,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!