Agih 2,040 Jalur Gemilang kepada taska, tabika Kemas

Untitled
Untitled
A
A
A

TANJONG KARANG - Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang mengagihkan sebanyak 2,040 Jalur Gemilang kepada 37 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Parlimen Tanjong Karang di sini semalam.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang, Salbiah Saari berkata, penyerahan Jalur Gemilang itu membabitkan penghantaran tiga kumpulan secara serentak bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurutnya, pengagihan Jalur Gemilang itu diharap membangkitkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak terhadap jasa dan pengorbanan rakyat terdahulu berjuang memerdekakan negara.

“Semua rakyat tanpa mengira usia perlu menunjukkan semangat patriotik dan cintakan negara melalui pengibaran Jalur Gemilang sebagai lambang kebebasan serta kemajuan yang sudah dicapai,” katanya pada program Puteri Merdeka Tour di sini semalam.

Beliau berkata, keselesaan yang dinikmati ketika ini adalah hasil jasa dan pengorbanan mereka yang berjuang memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan.

“Golongan muda perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, kemahiran dan semangat patriotisme bagi menjayakan agenda memajukan negara.

“Anak-anak kecil perlu ditetapkan dengan semangat jati diri dan cintakan tanah air kerana mereka memainkan peranan penting dalam memastikan kedaulatan dan kemakmuran negara ini terus berkekalan,” katanya.

Artikel Berkaitan: