Selamatkan wanita dengan angkat SUV

Beberapa orang lelaki mengangkat sebuah kenderaan utiliti sukan bagi menyelamatkan seorang wanita yang berada di bawahnya di Manhattan pada Rabu lalu. - Foto ABC 7
Beberapa orang lelaki mengangkat sebuah kenderaan utiliti sukan bagi menyelamatkan seorang wanita yang berada di bawahnya di Manhattan pada Rabu lalu. - Foto ABC 7
A
A
A

NEW YORK - Membantu insan yang tidak dikenali yang berada dalam kesusahan memang merupakan satu tindakan yang terpuji.

Sehubungan itu, beberapa orang lelaki sanggup mengangkat sebuah kenderaan utiliti lasak (SUV) beramai-ramai dan mengalihkannya bagi menyelamatkan seorang wanita di sebuah jalan raya di Manhattan, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu.

Menurut laporan portal ABC 7, kejadian itu berlaku selepas dia terperangkap di bawah kenderaan tersebut selepas ia dilanggar ketika mahu menyeberangi sebatanng jalan raya.

Seorang lelaki yang membantu mengangkat kenderaan itu, Jesse Hershkowitz berkata: "Kira-kira enam atau tujuh daripada kami berlari di tengah jalan raya. Kami mengangkat kenderaan itu secara fizikal dan mengalihkan kedudukannya daripada wanita tersebut tanpa memindahkannya. Wanita itu kemudian menggerakkan kaki dan pergelangan kakinya."

Bagaimanapun, beberapa orang saksi berkata, walaupun wanita yang berusia 57 tahun itu berdarah dia sempat menggerakkan jarinya ke arah seorang anggota penyelamat di lokasi kejadian.

Dua orang dilaporkan dihantar ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Beberapa anggota penyiasat pula menyoal siasat pemandu kenderaan yang melanggar wanita berkenaan.

Setakat ini masih tidak jelas sama ada wanita tersebut atau pemandu itu yang melakukan kesalahan jalan raya.

Artikel Berkaitan:

Tidak ada tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa dalam kejadian itu.