Iran lancar dua peluru berpandu

Peluru berpandu Qasem dilancarkan di lokasi tidak didedahkan. - Foto AFP
Peluru berpandu Qasem dilancarkan di lokasi tidak didedahkan. - Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Iran hari ini melancarkan dua peluru berpandu yang dikatakan mempunyai jarak lebih besar daripada sebelumnya dan dinamakan sempena komander negara itu yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada Januari lalu.

"Mengenai misil ini, hari ini kami telah menempuh jarak 300 hingga 1,000 kilometer dalam tempoh kurang dari dua tahun," kata Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Pendedahan peluru berpandu itu dibuat sehari selepas Washington mengaktifkan mekanisme kontroversi untuk mengenakan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iran menggunakan cara 'snapback'.

Snapback bertujuan untuk mengembalikan semua sekatan antarabangsa terhadap Teheran yang ditarik semula sebagai sebahagian daripada perjanjian nuklear 2015.

Salah satu misil, Qasem iaitu peluru berpandu balistik mendapat namanya sebagai menghormati komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jenaral Qasem Soleimani yang maut di Baghdad.

Satu lagi peluru berpandu dinamakan Abu Mahdi al-Muhandis sebagai menghormati pemimpin pasukan bersenjata Iraq itu yang turut terkorban dalam serangan AS di Baghdad.

"Saya berterima kasih kepada Kementerian Pertahanan kerana menamakan salah satu peluru berpandu yang paling penting untuk menghormati Soleimani," kata Rouhani. - AFP

Artikel Berkaitan: