Sevilla tidak gentar status gah Inter Milan

Castro optimis Sevilla mampu mencipta kejutan ke atas Inter pada aksi final Liga Europa di Cologne.
Castro optimis Sevilla mampu mencipta kejutan ke atas Inter pada aksi final Liga Europa di Cologne.
A
A
A

SEVILLA tidak gentar dengan status gah dimiliki Inter Milan apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi final Liga Europa di Rhein Energie Stadion, Cologne, Jerman, awal pagi esok.

Presiden Sevilla, Jose Castro berkata, kelab La Liga itu mengakui Inter merupakan skuad mahal yang dibarisi pemain berstatus bintang, namun itu bukan penghalang untuk kelab kendalian Julen Lopetegui berkenaan mencipta kejayaan.

Menurutnya, kejayaan menyingkirkan beberapa kelab besar seperti AS Roma, Wolverhampton Wanderers dan Manchester United juga membuktikan

bahawa kelab Sepanyol itu mampu mengejutkan Inter.

“Kami sudah menyingkirkan tiga kelab besar setakat ini walaupun mereka memiliki bajet lebih besar dari kami dan juga pasukan yang lebih kompetitif, tetapi kami tetap berjaya menewaskan mereka.

“Kami tahu perjuangan ini tetap sukar, tetapi kami terus menjadi kuat dalam setiap perlawanan. Dana kewangan Inter dua kali ganda lebih besar daripada kami, namun ia tidak menjadi masalah,” katanya.

Sevilla bukanlah kelab asing dalam kancah Liga Europa apabila meraih trofi tersebut sebanyak lima kali yang sekali gus mengangkat Los Palanganas

antara pasukan paling berjaya dalam kejuaraan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Namun Inter bukan lawan mudah dengan taktikal berkesan dipamerkan Antonio Conte selain perlu berdepan dengan gandingan Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez yang sudah menjaringkan 54 gol dalam semua kejohanan musim ini.

Dalam pada itu, Castro percaya pengalaman Sevilla bermain dalam aksi final sebelum ini akan menjadi azimat penting pasukan itu berhadapan gergasi

Serie A berkenaan.

“Kami sudah tahu bagaimana suasana bermain di final. Ada pasukan yang sudah merancang untuk saingan musim depan, tetapi kami boleh berbangga kerana kami masih mengejar trofi musim ini.

“Jika kami mampu menutup musim ini dengan trofi Liga Europa, maka ia akan menjadi kejayaan besar. Itulah apa yang kami cuba raih sekarang ini,” katanya.