'Bukan cari penyakit'

Pesta itu merupakan sebahagian daripada Festival Muzik Elektronik HOHA di Happy Valley Wuhan yang bermula pada 11 Julai dan akan berakhir pada 30 Ogos ini.
Pesta itu merupakan sebahagian daripada Festival Muzik Elektronik HOHA di Happy Valley Wuhan yang bermula pada 11 Julai dan akan berakhir pada 30 Ogos ini.
A
A
A

BEIJING - Pemerintah China hari ini mempertahankan tindakan ratusan pengunjung yang membanjiri pesta kolam di Wuhan hujung minggu lalu.

Menurut Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian, pesta yang berlangsung di Maya Beach Water Park itu dianggap sebagai 'kemenangan simbolik' melawan koronavirus (Covid-19).

"Saya melihat laporan yang relevan oleh AFP bahawa penduduk di Eropah dan Amerika sangat terkejut.

"Ini menunjukkan bahawa Wuhan telah memperoleh kemenangan strategik dalam memerangi wabak itu," katanya.

Terdahulu, laporan video AFP mengenai pesta kolam itu telah ditonton sebanyak lebih 16 juta kali selepas ia dimuat naik ke media sosial.

Laporan berkenaan mengundang kritikan meluas kerana pengunjung yang menyertai pesta tersebut mengabaikan penjarakkan fizikal dan tidak memakai topeng muka.

Ia merupakan gambaran yang sangat berbeza berbanding awal tahun ini, ketika bandar tersebut menyerupai kota hantu tatkala perintah berkurung dilaksanakan.

China sebelum ini menerima kecaman antarabangsa sejak wabak itu tercetus di Wuhan pada Disember lalu.

Artikel Berkaitan:

Beijing juga berulang kali menafikan tuduhan Amerika Syarikat (AS) bahawa ia cuba menyembunyikan fakta dan menangani wabak tersebut dengan teruk.

Pandemik Covid-19 ketika ini telah menjangkiti lebih 22 juta orang dan mengakibatkan hampir 800,000 kematian di seluruh dunia. - AFP