Buka jalan pintas mudahkan penduduk

Ka Siong (kanan) meninjau saliran berhampiran landasan kereta api yang menyebabkan banjir di Kampung Baru Slim River.
Ka Siong (kanan) meninjau saliran berhampiran landasan kereta api yang menyebabkan banjir di Kampung Baru Slim River.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) bagi membenarkan jalan pintas milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) itu digunakan penduduk.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, jalan di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Zulkifli Muhammad itu sering digunakan penduduk Kampung Baru Slim River untuk ke pekan berhampiran.

“Saya telah melawat kawasan dan berbincang dengan MDTM, penduduk meminta menggunakan jalan pintas itu dan kita tiada masalah membenarkannya untuk memudahkan mereka.

“Pembukaan jalan itu bermakna ia memerlukan penyelenggaraan. Penyelenggaraan boleh dibuat secara bersama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan hak penggunaan itu di bawah jagaan PBT," katanya selepas meninjau tanah rizab KTMB berhubung masalah laluan dan banjir di Kampung Baru, Slim River, hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut mencari kaedah terbaik berkaitan banjir kilat yang disebabkan kelemahan sistem perparitan melibatkan Kampung Baru berkenaan.

“Kita telah mengenalpasti punca utama banjir ini antaranya saliran yang tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak dari hulu atau dari landasan yang dibina tinggi dari paras sungai.

“Jadi, kita akan memikirkan apa kaedah terbaik bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: