Bom mortar ditemui di Kuala Krai

Bom mortar ditemui seorang lelaki di sebuah kebun di Kampung Melati dekat Jalan Jirat. -Foto: Ihsan Pembaca
Bom mortar ditemui seorang lelaki di sebuah kebun di Kampung Melati dekat Jalan Jirat. -Foto: Ihsan Pembaca
A
A
A

KUALA KRAI - Penduduk di Kampung Melati dekat Jalan Jirat di sini gempar apabila sebutir bom mortar ditemui seorang lelaki di sebuah kawasan kebun.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, bom lama yang masih aktif itu ditemui pada jam 7 malam semalam.

"Sejurus menemui bom itu, lelaki berkenaan terus memaklumkan perkara itu kepada adik iparnya yang tinggal di kawasan berhampiran sebelum menghubungi pihak polis," katanya.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dari Unit Persenjataan (AMRA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan di kawasan tersebut membawa penemuan bom tersebut.

Sepasukan anggota dari Unit Persenjataan (AMRA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dikerah ke lokasi penemuan sebutir bom mortar. -Foto: Ihsan Pembaca
Sepasukan anggota dari Unit Persenjataan (AMRA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dikerah ke lokasi penemuan sebutir bom mortar. -Foto: Ihsan Pembaca

"Pemeriksaan fizikal ke atas bom yang dipercayai jenis bom mortar itu mendapati ia berukuran sepanjang 1.2 kaki dengan lilitan besar berukuran lebih kurang 9mm," katanya.

Suzaimi berkata, Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis (IPK) Kelantan kemudian telah bertindak melupuskan bom tersebut di lokasi penemuan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mortar itu dilupuskan pada jam 11.45 pagi tadi.