SD liwat: Bukit Aman panggil Ramesh Rao, esok

Gambar kecil: DCP Mior Faridalathrash Wahid
Gambar kecil: DCP Mior Faridalathrash Wahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao ke Bukit Aman esok, untuk dirakam keterangan bagi membatu siasatan berkaitan akuan bersumpah (SD) berhubung kes liwat membabitkan seorang pemimpin parti politik.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan mengenai dakwaan itu masih giat dijalankan dari setiap sudut.

“Kita akan panggil Ramesh Rao untuk dirakam percakapan di Bukit Aman, esok. Tindakan itu diambil selepas menerima satu laporan berhubung isu SD tersebut," katanya.

Terdahulu, sebuah portal tempatan melaporkan seorang individu membuat laporan polis berkaitan SD terbabit dengan mendakwa dirinya telah diperalat dan dipergunakan untuk membuat tuduhan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes SD liwat: Polis panggil individu beri keterangan

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah untuk memastikan pendedahan yang dibuat dalam bentuk SD itu adalah tulen.

SD bertarikh 29 Jun lalu itu dikatakan dibuat seorang lelaki mendakwa kejadian berkenaan berlaku di sebuah hotel di Subang, pada 2013.

Lelaki berkenaan turut mendakwa dihubungi pemimpin politik itu untuk bertemu di hotel terbabit sebelum melakukan perbuatan berkenaan dengan bayaran RM300.

Artikel Berkaitan: