Lelaki lalok dadah langgar enam kenderaan ditahan

Shafee
Shafee
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki ditahan selepas melanggar enam buah kenderaan di beberapa lokasi kerana disyaki berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Ab Samad berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan selepas melanggar kesemua kenderaan itu antara jam 12 tengah hari hingga 3.30 petang.

Menurutnya, lelaki tersebut yang memandu kereta Toyota Vios telah melanggar kereta Ford Mustang di Jalan Bukit Tengah; Toyota Vios di Jalan Kebun Sireh; Proton Saga di Jalan Murthy, Honda Civic di Jalan Ooi Chooi Ceng, Proton Saga di Jalan Muthu Pallaniappan dan Toyota Vios di Jalan Arumugam Pillai.

"Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dialami oleh semua pemandu kereta yang dilanggar. Ia hanya melibatkan kerosakan kecil.

"Ujian saringan air kencing lelaki tersebut positif syabu. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Artikel Berkaitan: