Kongres Negara raikan bulan kemerdekaan

Kongres Negara yang bakal berlangsung Sabtu ini bertujuan menyemarak perpaduan dan kesatuan rakyat berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Kongres Negara yang bakal berlangsung Sabtu ini bertujuan menyemarak perpaduan dan kesatuan rakyat berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara bersama beberapa Lembaga Swadaya Masyarakat yang lain akan menganjurkan Kongres Negara Sabtu ini bertujuan meraikan bulan kemerdekaan.

Kongres yang dijadualkan berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur itu bakal menghimpunkan perwakilan dan pemerhati Penggerak Komuniti Negara, Pemuda Negara, Nations of Women (Now) dan Penggerak Wanita Muda Negara dari dari seluruh negara negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Ketua Sekretariat Penganjuran Kongres Negara, Muhammad Hilman Idham berkata, objektif utama kongres yang bertemakan Bersatu Malaysia ialah untuk menyemarak perpaduan dan kesatuan rakyat berteraskan prinsip Rukun Negara.

"Kongres Negara juga akan mengupas dan membahaskan usaha pembangunan bangsa, ekonomi dan negara selain mendukung kebijaksanaan serta dasar kerajaan Perikatan Nasional yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, program menghimpunkan pimpinan akar umbi daripada pelbagai kaum itu dijangka dihadiri oleh beberapa pimpinan politik seperti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Tambahnya, bagi menjamin keselamatan dan kesihatan para perwakilan dan pemerhati, Kongres Negara akan dilaksanakan di beberapa buah Dewan Kongres di MITEC termasuk pelaksanaan SOP yang tegas oleh pihak penganjur bermula jam 2 petang sehingga 6.30 petang.

Artikel Berkaitan: