'Jadual kempen padat, tidur cuma tiga jam'

Mohd Zaidi (tengah) bersama jentera Wanita UMNO pada program ziarah rumah ke rumah di Kampung Changkat Sulaiman hari ini.
Mohd Zaidi (tengah) bersama jentera Wanita UMNO pada program ziarah rumah ke rumah di Kampung Changkat Sulaiman hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Minum air masak yang banyak dan mengambil makanan tambahan vitamin C antara rutin baharu calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz untuk kekal cergas sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ini.

Beliau berkata, jadual kempen yang padat sejak 15 Ogos lalu menyebabkannya tidur antara tiga jam sahaja.

Bagaimanapun katanya, situasi itu bukanlah satu masalah baginya kerana sudah terbiasa dengan aktiviti dan program terutama ketika bersama Majlis Belia Malaysia (MBM).

"Walaupun dah selesai berkempen seharian, bila balik rumah dalam jam 12 ke 1 pagi, saya perlu juga menyemak kandungan mesej dan jadual keesokannya. Setelah selesai, barulah dapat tidur, amalan saya dari dulu pula memang bangun awal, jadi lewat atau awal tidur, tepat jam 5 pagi saya mesti akan bangun.

"Alhamdulillah masuk hari keenam kempen ini saya masih mampu bangun awal, belum lah lagi terbabas," katanya ketika ditemui pada program ziarah rumah ke rumah di Kampung Changkat Sulaiman di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Mohd Zaidi berkata, pergerakan kempen pada hujung minggu ini dijangka lebih padat dengan ramai pemimpin utama parti dan kerajaan turun membantu calon berkempen.

"Saya kini dalam 'circle' kedua berjumpa dengan pengundi dan mereka memang minta saya sentiasa turun padang dan mendengar pandangan akar umbi.

Artikel Berkaitan:

"Paling penting apabila diberi mandat nanti, mereka mahu saya terus bersama mereka seperti mana dilakukan dalam kempen ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Noraini berkata, lawatan rumah ke rumah ini antara strategi dilakukan Wanita UMNO untuk meraih undi daripada pengundi.

"Ia lebih kepada interaksi bersama pengundi dan kita laksanakan agar mereka lebih mengenali calon dan menyokong Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian ini," katanya.