Premis loteri haram diserbu

Sebahagian peralatan yang dirampas dari sebuah pusat loteri awam haram di Jalan Tun Habab, Kota Tinggi Ahad lalu.
Sebahagian peralatan yang dirampas dari sebuah pusat loteri awam haram di Jalan Tun Habab, Kota Tinggi Ahad lalu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Tiga lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan kerana disyaki menjalankan dan menguruskan pusat pengiraan (counting centre) loteri awam secara haram di sebuah premis di Jalan Tun Habab, Kota Tinggi di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 28 tahun.

"Dalam serbuan jam 10.30 malam itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah merampas empat buah komputer riba, empat buah telefon bimbit, 84 helai catitan loteri haram dan peralatan elektronik yang digunakan untuk kegiatan loteri haram tersebut.

"Siasatan awal mendapati premis tersebut telah beroperasi selama dua bulan dan membabitkan kutipan RM300,000 setiap kali hari pertaruhan loteri haram tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Sek.4(1)(g) dan 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 4(1)(g) ARJT 1953.

Artikel Berkaitan: