Tapak pelupusan sampah haram disita

MPKL menyita sebuah tapak pelupusan sampah haram di Kampung Olak Lempit, Banting, semalam. Foto: MPKL
MPKL menyita sebuah tapak pelupusan sampah haram di Kampung Olak Lempit, Banting, semalam. Foto: MPKL
A
A
A

BANTING - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat semalam menyita sebuah tapak pelupusan sampah di Kampung Olak Lempit yang beroperasi secara haram sejak beberapa bulan lalu.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, MPKL telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan dua Notis Kesalahan di bawah UUK 4 dan UUK 21(1) Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007.

"Dalam operasi sama, MPKL turut menyita sebuah jentolak dan beberapa peralatan lain yang digunakan di tapak pelupusan sampah haram tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, MPKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat atas maklumat yang diberikan.

Justeru, beliau berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat berkaitan sampah haram kepada MPKL melalui talian 03-31872825 atau melalui Sistem Pengurusan Aduan Selangor (SISPAA).

Artikel Berkaitan: