Parkir percuma untuk kenderaan pasang Jalur Gemilang

Cara pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan yang melayakkan pemilik mendapat parkir percuma bermula 24 hingga 31 Ogos ini.
Cara pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan yang melayakkan pemilik mendapat parkir percuma bermula 24 hingga 31 Ogos ini.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menawarkan parkir percuma kepada orang ramai yang memasang Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing bermula 24 hingga 31 Ogos ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, inisiatif itu sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-63.

Menurutnya, tawaran parkir percuma itu bagaimanapun tertakluk kepada beberapa syarat.

"Jalur Gemilang pada kenderaan perlu mengikut saiz dan cara pemasangan yang ditetapkan. Bendera pula mesti cantik, tidak pudar dan koyak," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Norkamawati berkata, bagi kenderaan yang parkir di tempat letak kereta MPK dan memasang Jalur Gemilang seperti ditetapkan, tiada kompaun akan dikeluarkan walaupun tidak meletakkan kupon atau menjelaskan caj parkir secara dalam talian melalui aplikasi PahangGo.

Katanya, tawaran itu hanya tertakluk kepada tempat letak kereta bawah MPK sahaja dan bagi mereka yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, tindakan kompaun atau apit tayar tetap akan diambil walaupun memasang Jalur Gemilang.

Antara cara pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan yang membolehkan pemilik mendapat parkir percuma bermula 24 hingga 31 Ogos ini.
Antara cara pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan yang membolehkan pemilik mendapat parkir percuma bermula 24 hingga 31 Ogos ini.

Artikel Berkaitan: