PPM rampas arak lebih RM33,000

20 kotak besar minuman keras tidak bercukai yang ditemui dalam sebuah kereta petang semalam.
20 kotak besar minuman keras tidak bercukai yang ditemui dalam sebuah kereta petang semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menerusi Op Benteng-Covid 19 merampas 20 kotak besar minuman keras tidak bercukai dianggarkan bernilai RM33,813.

Rampasan dilakukan di kawasan tepi Jalan Forest City Lebuhraya Tanjung Pelepas selepas menerima aduan daripada orang ramai petang semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Mohd Zailani Abdullah berkata, pemeriksaan kira-kira jam 1 petang ke atas sebuah kereta mendapati berisi kotak rokok dan pemantauan hampir dua jam tiada individu di kawasan kereta terbabit.

"Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua, Johor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d), Akta Kastam 1967," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, PPM Wilayah Dua Johor berharap masyarakat dapat membantu membanteras kegiatan penyeludupan dan jenayah maritim dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa terutamanya PPM Wilayah Dua melalui talian 07-2372221/237222.

Sebanyak 20 kotak besar minuman keras tidak bercukai dirampas PPM Wilayah Dua di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Forest City Lebuhraya Tanjung Pelepas, petang semalam.
Sebanyak 20 kotak besar minuman keras tidak bercukai dirampas PPM Wilayah Dua di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Forest City Lebuhraya Tanjung Pelepas, petang semalam.

Artikel Berkaitan: