Suria KLCC lancar Kempen Welcome Back

Kumpulan Suria KLCC mengedarkan 50 essential kit (pelitup muka bercorak batik dan tisu pembasmi kuman berasaskan alkohol) secara percuma kepada pembeli setiap hari.
Kumpulan Suria KLCC mengedarkan 50 essential kit (pelitup muka bercorak batik dan tisu pembasmi kuman berasaskan alkohol) secara percuma kepada pembeli setiap hari.
A
A
A

KUMPULAN Suria KLCC melancarkan Kempen Welcome Back yang mengetengahkan konsep Safe & Easy Shopping pasca-MCO (Perintah Kawalan Pergerakan).

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, inisiatif itu bagi meningkatkan kesedaran dan keyakinan pembeli terhadap Kumpulan Suria KLCC sebagai destinasi membeli-belah yang selamat.

Menurutnya, melalui kempen itu, pihaknya terus bersedia memberikan pengalaman terbaik di semua kompleks membeli-belah rangkaian Kumpulan Suria KLCC.

“Pusat beli-belah Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih) yang mementingkan aspek ‘selamat dan mudah’ memperkenalkan pelbagai inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan kami.

“Atas tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kumpulan Suria KLCC juga giat bekerjasama dengan Komuniti Tukang Jahit (KTJ), sebuah organisasi sosial yang bekerja untuk kepentingan masyarakat di dalam segmen B40 di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, menerusi inisiatif itu, pihaknya memberi peluang kepada KTJ untuk menghasilkan pelitup muka rekaan batik yang boleh diguna pakai semula.

Katanya, ia dijahit oleh golongan kurang bernasib baik di sekitar Lembah Klang yang aktif mencari hasil pendapatan melalui penjualan pelitup muka.

Menurutnya, Kumpulan Suria KLCC juga mengedarkan 50 essential kit (pelitup muka bercorak batik dan tisu pembasmi kuman berasaskan alkohol) secara percuma kepada pembeli setiap hari dan keutamaan diberi kepada warga emas, wanita hamil, ibu bapa bersama keluarga dan orang kurang upaya (OKU).

Artikel Berkaitan: