X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Penduduk Pulau Pinang diingat rujuk KKM

Chow Kon Yeow
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengingatkan rakyat di negeri itu agar merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaku sumber utama berhubung kes Covid-19 termasuk mengenai kes aktif dan kawasan yang terlibat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana ada pihak tertentu dan syarikat yang membuat pengumuman sendiri berhubung kes aktif yang mungkin menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan tersebut ada baik dan buruknya. Baiknya dari segi membolehkan orang ramai menerima maklumat lebih cepat sekali gus mengambil langkah berhati-hati, namun pada masa sama harus patuhi undang-undang pihak berwajib.

“Kalau tidak, sesiapa sahaja boleh buat pengumuman yang boleh menimbulkan rasa panik dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons kepada hantaran media sosial mendakwa seorang pekerja wanita di [email protected] Cybercity diuji positif Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!