X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor II tewaskan skuad B-19, 4-0

A
A

SELANGOR II menewaskan skuad bawah-19 tahun (B-19) kebangsaan 4-0 pada aksi persahabatan di Kompleks Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), petang tadi.

Biarpun dilihat mendominasi sebahagian besar perlawanan, namun skuad kendalian Michael Feichtenbeiner itu bagaimanapun hanya berjaya membuka jaringan pada minit ke-15 menerusi T Saravanan.

Perlawanan selepas itu lebih banyak berlegar di tengah padang selain menyaksikan percubaan daripada jentera serangan Selangor II tersasar selain berjaya dikekang pertahanan lawan sehingga tamat babak pertama.

Bagaimanapun sebaik babak kedua bermula, Saravanan sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-46 bagi mengukukuhkan kedudukan.

Nazrin Nasir kemudiannya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-68 sebelum Armin Meir menjaringkan gol keempat pada minit ke-82 untuk melengkapkan kemenangan Selangor II.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!