Restoran Ali Maju Wisma Rampai dibenar operasi semula

Restoran Ali Maju cawangan Wisma Rampai kembali beroperasi selepas diberi notis buka semula oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Gambar kecil:Jawahar Ali
Restoran Ali Maju cawangan Wisma Rampai kembali beroperasi selepas diberi notis buka semula oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Gambar kecil:Jawahar Ali
A
A
A

SHAH ALAM - Restoran Ali Maju cawangan Wisma Rampai kembali beroperasi hari ini selepas diarahkan tutup pada Sabtu lalu berikutan dua pekerja disyaki positif koronavirus (Covid-19).

Pemilik Rangkaian Restoran Ali Maju Sdn Bhd, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, notis kebenaran buka semula itu diberikan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, kebenaran tersebut sekali gus menyelesaikan kontroversi penutupan premis tersebut yang tular di media sosial.

“Sebelum ini cawangan restoran di Wisma Rampai menjalani ujian secara rawak oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang kemudiannya mengarahkan penutupan restoran kerana pekerja disyaki positif. Kesan daripada mesej yang tular, pengurusan menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai berhubung situasi sebenar yang berlaku serta menjejaskan perniagaan di semua cawangan Restoran Ali Maju.

“Untuk makluman, semua cawangan restoran sudah pun disanitasi seperti mana prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan pihak berwajib ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran Ali Maju Taman Sri Rampai ditutup 14 hari

Jawahar berkata, dengan pembukaan semula cawangan Wisma Rampai, semua rangkaian restoran Ali Maju kini beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu menurutnya, sebagai komitmen dan teladan kepada pekerja, beliau sendiri telah menjalani saringan Covid-19 sebanyak dua kali dan didapati negatif.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga meminta pengusaha restoran agar terus komited dengan pelaksanaan SOP ditetapkan kerajaan dalam usaha menangani penularan wabak ini.

"Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana menjalankan proses ujian ini dengan baik demi kepentingan semua pihak,” katanya.