Didenda RM12,000 menggaji pekerja asing tiada permit

Tertuduh (kanan) didenda RM12,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
Tertuduh (kanan) didenda RM12,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Padah menggaji seorang pekerja asing yang tidak memiliki pas pekerjaan yang sah, seorang lelaki didenda RM12,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Tertuduh, Wong Wee Keong, 48, turut berdepan hukuman enam bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa telah mengambil seorang warganegara asing iaitu lelaki Indonesia berusia 31 tahun yang tidak mempunyai pas pekerja yang sah di sebuah perusahaan pasir sungai di Kampung Pasir Gajah, Kemaman pada 5 Ogos lalu, jam 12.35 tengah hari.

Dengan itu, dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang digaji.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Malaysia, Noraznie Alias manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: