Sistem e-Tanah dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung

Shamsul Anuar mencuba alat ukur elektronik, Total Station yang digunakan ketika ukur tanah.
Shamsul Anuar mencuba alat ukur elektronik, Total Station yang digunakan ketika ukur tanah.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sistem e-Tanah akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung dalam usaha memodenkan sistem penyampaian perkhidmatan secara digital tahun ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, sistem bersepadu itu berjaya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ‘end to end’, mengurangkan kos, menjimatkan masa dan memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan.

“Melalui e-Tanah, apabila kita memuatkan kajian di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hasil yang diperoleh meningkat berganda dan memudahkan urusan rakyat berkaitan tanah.

“Sistem ini sudah pun dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2017) dan pelaksanaannya akan diperluas ke Perak dan beberapa negeri lain,” katanya kepada media selepas merasmikan Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah di Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun) di sini hari ini.

Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah INSTUN dibina dengan kos RM1.8 juta merupakan bangunan kedua di negara selepas kemudahan pertama dibina di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

Menurutnya, sistem itu dijangka akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah Instun itu merupakan pusat yang menyediakan kursus pemetaan utiliti bagi penjawat awam.

“Maklumat utiliti bawah tanah seperti kabel elektrik, telekomunikasi, gas dan bekalan air yang bernilai jutaan ringgit perlu diurus dengan cekap untuk perancangan dan pembangunan negara dalam bentuk Peta Utiliti.

Artikel Berkaitan:

“Pemetaan utiliti dapat mencegah gangguan perkhidmatan disebabkan kemalangan semasa kerja-kerja penggalian dan kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan efisien,” katanya.

Katanya, data utiliti boleh diintegrasi dan dianalisis dengan pelbagai maklumat geospatial lain dalam Geographic Information System (GIS).

Shamsul Anuar menandatangani plak simbolik merasmikan Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah INSTUN.
Shamsul Anuar menandatangani plak simbolik merasmikan Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah INSTUN.