X

Kindly register in order to view this article
!

KPN beri tempoh sebulan

Abdul Hamid bercakap pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah, di sini hari ini.
A
A

SEPANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan semua ketua polis daerah memberi laporan berkaitan restoran dan premis yang menjalankan aktiviti penjualan hidupan liar secara haram.

Abdul Hamid berkata, kesemua ketua polis daerah perlu menghantar laporan kepada beliau sebelum 18 September ini jika mengesan aktiviti berkenaan.

"Mereka perlu memastikan kawasan masing-masing bebas daripada aktiviti penjualan haiwan eksotik dan flora secara haram," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Hamid memaklumkan pihaknya kini menghadkan permit memburu hidupan liar.

"Bagaimanapun, permit tersebut hanya diberikan kepada orang asli. Mereka melakukan aktiviti pemburuan haiwan itu hanya untuk dijadikan makanan," katanya.

Sementara itu Abdul Hamid memaklumkan, polis telah menarik balik sebanyak 1,579 lesen 'rifles'.

"Tindakan berkenaan adalah kerana senjata itu boleh diubah suai menjadi senjata automatik," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menarik balik sebanyak 3,500 syarat memburu bagi individu yang mempunyai lesen senjata api seperti 'shotgun' dan 'rifles'.

"Namun, senjata itu boleh digunakan untuk memerangi musuh tanaman seperti babi hutan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!