X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota Hezbollah bersalah bunuh bekas PM Lubnan

Gambar fail menunjukkan letupan bom bunuh diri yang menyebabkan bekas perdana menteri, Rafic Hariri bersama 21 orang lagi terbunuh di tengah Beirut pada 14 Februari 2005. - Foto AFP
A
A

LEIDSCHENDAM - Sebuah tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendapati seorang anggota pergerakan syiah Hezbollah, Salim Ayyash bersalah kerana membunuh bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafic Hariri pada tahun 2005 tetapi membebaskan tiga suspek lain dalam perbicaraan melibatkan tempoh yang lama.

Keputusan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu menyebabkan timbulnya pelbagai reaksi tetapi seorang anak Hariri, Saad yang juga bekas perdana menteri memberitahu beberapa wartawan di luar Tribunal Khas Untuk Lebanon (STL) bahawa dia menerima keputusan tersebut.

Keputusan itu dibuat tanpa kehadiran Ayyash, 56, berhubung kes kejadian bunuh diri sehingga menyebabkan bekas perdana menteri yang juga bilionair itu terbunuh bersama 21 orang lagi.

"Perbicaraan itu mendapati Ayyash bersalah tanpa keraguan munasabah sebagai pelaku bersama dalam pembunuhan Rafic Hariri," kata Hakim David Re yang mempengerusikan tribunal tersebut.

Namun, hakim itu berkata, tidak ada bukti yang mencukupi untuk mensabitkan kesalahan terhadap Assad Sabra, 43, Hussein Oneissi, 46, dan Hassan Habib Merhi, 54, berhubung kejadian itu.

Tribunal itu juga menyatakan tidak ada bukti secara langsung bagi mengaitkan Syria atau kepimpinan Hezbollah dalam letupan itu.

Hukuman ke atas Ayyash itu akan ditentukan pada satu tarikh lain.

Dia dijangka berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Sebelum ini, Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah enggan menyerahkan keempat-empat orang itu selain mempersoalkan kesahihan tribunal tersebut. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!