Suri rumah rugi lebih RM16,000 beli emas di Facebook

Seorang suri rumah terpaksa berputih mata apabila kerugian RM16,107 setelah terpedaya dalam urusan pembelian barang kemas menerusi laman sosial Facebook. Gambar hiasan.
Seorang suri rumah terpaksa berputih mata apabila kerugian RM16,107 setelah terpedaya dalam urusan pembelian barang kemas menerusi laman sosial Facebook. Gambar hiasan.
A
A
A

KUANTAN - Seorang suri rumah terpaksa berputih mata apabila kerugian RM16,107 setelah terpedaya dalam urusan pembelian barang kemas menerusi laman sosial Facebook pada hujung bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 38 tahun mendakwa berminat membeli rantai, gelang dan subang selepas tertarik dengan tawaran yang dibacanya pada 25 Julai lalu.

“Mangsa mendakwa telah menghubungi nombor telefon yang tertera di laman sosial itu dan berurusan dengan seorang suspek lelaki sebelum mula membuat 12 transaksi bayaran menerusi pemindahan bank pada awal bulan ini.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa suspek gagal memberikan penjelasan apabila ditanya bila dia boleh mendapatkan barangan itu pada Sabtu lepas sebelum (suspek) gagal dihubungi selepas itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Karak, Bentong kira-kira 175 kilometer dari sini semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Artikel Berkaitan: