'Semua ahli perlu akur Bung Moktar ketuai PRN Sabah'

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

PETALING JAYA - Semua ahli parti perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pelantikan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ketua Jentera Pilihan Raya parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan hadapan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Presiden parti telah pun membuat kenyataan berhubung perkara itu dan keputusan tersebut adalah keputusan parti.

"Jadi saya harap semua ahli dapat mengetepikan agenda sendiri dan kepentingan diri kerana yang bertanding bukan individu tetapi parti.

"Saya harap apabila Presiden mengumumkan keputusan parti dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2020 di Seri Pentas di sini hari ini.

Penaung Kempen Tabung Pahlawan, Puan Sri Norainee Abdul Rahman (tengah) bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) melancarkan Kempen Tabung Pahlawan
yang diadakan di Sri Pentas hari ini. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Penaung Kempen Tabung Pahlawan, Puan Sri Norainee Abdul Rahman (tengah) bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) melancarkan Kempen Tabung Pahlawan yang diadakan di Sri Pentas hari ini. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ketidakpuasan hati beberapa pemimpin UMNO di Sabah dengan pelantikan itu.

ARTIKEL BERKAITAN 'Keputusan Presiden UMNO langgar semangat autonomi Sabah'

Malam tadi beberapa pemimpin Sabah yang diketuai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Rahman Dahlan telah mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu dan mendakwa pelantikan tersebut melanggar autonomi UMNO negeri itu.

Menurutnya, keputusan tersebut tidak dibincangkan dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian Sabah dan ia disifatkan melanggar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah diluluskan pada perhimpunan Agung UMNO 2019 di mana keputusan berkaitan hal ehwal Sabah sepatutnya dibincang dan diputuskan di peringkat kepimpinan UMNO Sabah antaranya soal hala tuju, kepemimpinan negeri termasuk calon Ketua Menteri Sabah sekiranya UMNO adalah parti yang memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) terbesar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada Bung Moktar untuk menentukan calon Ketua Menteri selepas gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan diberi kuasa autonomi untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid serah kepada BN Sabah pilih Ketua Menteri