X

Kindly register in order to view this article
!

Tuchel tabik karakter pemain PSG

Juan Bernat antara pencetak gol pada aksi di Estadio da Luz, Lisbon pagi tadi.
A
A

PENGENDALI Paris Saint Germain (PSG), Thomas Tuchel menyifatkan saingan Liga Juara-Juara adalah pentas untuk pemain berstatus selepas menyaksikan pemain bintangnya mendominasi kemenangan bergaya 3-0 ke atas kelab Bundesliga, RB Leipzig pada aksi separuh akhir di Estadio da Luz, Lisbon pagi tadi.

Menurut Tuchel, semua pemain juara Ligue 1 itu memainkan dalam mencetuskan impak positif dengan Angel Di Maria turut mencetak satu gol dan dua bantuan gol diikuti Neymar mencorakkan bahagian serangan manakala Kylian Mbappe semakin kembali ke prestasi sebenarnya.

"Ia luar biasa! Kami di sini untuk bermain final dan menang. Pemain juga menunjukkan prestasi yang baik, kualiti, keazaman dan tekad. Ini elemen yang memudahkan kami mengatasi RB Leipzig.

"Ya, saya sangat gugup dan merasakan tekanan, namun saya mempunyai barisan pemain yang biasa dengan tekanan ini dan mereka menyukainya.

"Dalam bola sepak tidak pernah ada kepastian. Tetapi, kami bertahan dengan baik dan itu sangat penting bagi memastikan kami mempunyai fikiran yang positif," katanya.

Pada aksi itu, Marquinhos meletakkan The Parisian di depan menerusi jaringan minit ke-13 sebelum Di Maria memastikan kedudukan selesa 2-0 separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua PSG tampil memperkemaskan serangan nyata lebih agresif akhirnya menambah satu lagi gol hasil jaringan Juan Bernat Velasco pada minit ke-56 untuk kemenangan 3-0.

Tambah Tuchel, dia gembira dengan komitmen dan prestasi dipamerkan pemain kelab itu terutama sumbangan pemain bintangnya yang kembali menyerlah di padang.

"Taktikal kami adalah untuk mengekalkan corak permainan kami iaitu mengawal ruang dan menggunakan kecepatan Di Maria, Mbappe dan Neymar.

"Ini adalah pertandingan untuk pemain berstatus bintang seperti mereka untuk menyerlah. Kami harus menenangkan mereka. Kami tidak boleh terlalu banyak menyesuaikan diri dengan lawan sebaliknya mesti menunjukkan kekuatan kita. Dan mereka menunjukkan keazaman dan keinginan memenangi perlawanan ini," katanya.

Kemenangan itu membolehkan anak buah Tuchel melangkah ke final Ahad ini menanti pemenang pertemuan Bayern Munich menentang Lyon.

Mengenai aksi final pada Ahad ini Tuchel menjelaskan bahawa dia merasakan juara Bundesliga kemungkinan besar menjadi lawan mereka dalam pertandingan yang akan menjadi yang paling penting dalam kariernya.

"Saya akan menikmati dan menonton permainan ini awal pagi esok, Bersama pemain dan kakitangan saya. Kami tahu bahawa Bayern adalah pilihan tetapi ia adalah bola sepak.

"Jelas, itu akan menjadi cabaran terbesar dalam karier saya pada Ahad."


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!