BHPetrol tawar pakej percutian bernilai RM4,000

Musa (kiri) menyempurnakan gimik pelancaran peraduan Jom! Cuti-cuti Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Musa (kiri) menyempurnakan gimik pelancaran peraduan Jom! Cuti-cuti Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dengan kerjasama Tourism Malaysia melancarkan peraduan Jom! Cuti-cuti Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka bermula 18 Ogos hingga 26 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Leslie Ng berkata, peraduan berkenaan menawarkan pakej percutian bernilai RM4,000 bagi 30 pemenang berupa penginapan tiga hari dua malam di rangkaian Hotel Royale Chulan, wang perbelanjaan dan baucar tunai.

Menurutnya, pihaknya juga menawarkan 30 hadiah sagu hati iaitu 10,000 mata ganjaran serta 30 hadiah mingguan terdiri penginapan percuma dua hari satu malam di rangkaian hotel sama.

“Peraduan ini terbuka kepada pemegang eCard yang perlu membuat pembelian minimum RM30 bagi isian minyak atau barangan runcit di mana-mana stesen minyak BHPetrol.

“Pelanggan yang menggunakan eCard fizikal akan mendapat satu peluang penyertaan sementara bagi eCard yang telah mendaftar dalam aplikasi mendapat tiga peluang penyertaan,” katanya pada pelancaran peraduan itu yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof di Kuala Lumpur semalam.

Leslie (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Musa (tengah) pada pelancaran peraduan Jom! Cuti-cuti Malaysia di Kuala Lumpur.
Leslie (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Musa (tengah) pada pelancaran peraduan Jom! Cuti-cuti Malaysia di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Leslie berkata, peraduan itu adalah bagi menggalakkan 1.4 juta pemegang eCard fizikal beralih ke kemudahan aplikasi atas talian yang baru dilancarkan baru-baru ini.

“Ia juga bagi menarik pelanggan baharu untuk menyokong jenama BHPetrol.

Artikel Berkaitan:

“Banyak manfaat bakal dinikmati dengan memuat turun aplikasi eCard kerana selain dapat menyertai peraduan ini, pelanggan juga berpeluang menikmati hadiah-hadiah lain yang ditawarkan dari masa ke masa,” katanya.

Sementara itu, Musa berkata, peraduan yang dijalankan itu diharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia bercuti dalam negara dan menikmati percutian setanding pelancongan di luar negara.

“Terdapat pelbagai aktiviti pelancongan yang menarik dalam negara termasuk inap desa, ekopelancongan dan agropelancongan yang boleh diteroka rakyat tempatan.

“Kami amat mengalu-alukan usaha sama ini dalam merancakkan kembali pelancongan domestik yang terjejas teruk kesan Covid-19,” katanya.