Penduduk Wuhan banjiri pesta kolam selepas bebas Covid-19

Setelah diisytihar bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda selama hampir tiga bulan, ribuan pengunjung membanjiri pesta kolam di Maya Beach Water Park di Wuhan, China, minggu lalu.
Setelah diisytihar bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda selama hampir tiga bulan, ribuan pengunjung membanjiri pesta kolam di Maya Beach Water Park di Wuhan, China, minggu lalu.
A
A
A

SETELAH diisytihar bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda selama hampir tiga bulan, ribuan pengunjung membanjiri pesta kolam di Maya Beach Water Park di Wuhan, China, minggu lalu.

Pesta tersebut membabitkan festival tarian elektronik yang lengkap dengan deejay, penari yang memakai pakaian berwarna-warni dan pertunjukan piroteknik.

Ia merupakan gambaran yang sangat berbeza berbanding awal tahun ini, ketika bandar tersebut menyerupai kota hantu yang sepi tatkala perintah berkurung dilaksanakan.

Bagaimanapun, pengunjung yang menyertai pesta tersebut dilihat tidak mempraktikkan amalan penjarakan fizikal dan ramai yang tidak memakai pelitup muka.

Pesta itu merupakan sebahagian daripada Festival Muzik Elektronik HOHA di Happy Valley Wuhan, yang bermula pada 11 Julai dan akan berakhir pada 30 Ogos ini.

Susulan gambar dan video pesta tersebut tular di laman media sosial, rata-rata netizen mengecam warga Wuhan yang seolah-olah sudah melupakan pandemik yang mengorbankan kira-kira 778,000 orang di seluruh dunia setakat ini.

Wuhan merupakan bandar yang mencatatkan kes positif Covid-19 yang pertama di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

Pusat penyebaran Covid-19 dengan populasi 11 juta orang itu juga merupakan bandar pertama di seluruh dunia untuk melaksanakan perintah berkurung.

Perintah berkurung di bandar itu mula dilonggarkan pada Mac dan secara rasmi ditamatkan pada 8 April.

Bandar Wuhan dan wilayah Hubei diisytihar bebas daripada virus berkenaan pada Jun setelah ujian dijalankan ke atas 10 juta penduduk.

Setakat 19 Ogos, China merekodkan 89,477 kes positif COVID-19 dan 4,704 kes kematian.