Baru dapat kerja, kereta pula hilang

Paparan Twitter Amanina mengenai kehilang kereta tular di laman sosial.
Paparan Twitter Amanina mengenai kehilang kereta tular di laman sosial.
A
A
A

KAJANG - Seorang wanita terkejut selepas mendapati kereta Perodua Myvi berwarna putih miliknya hilang di parkir lorong berhampiran rumahnya di Taman Rakan Jalan Bandar Sungai Long, Kajang, pagi tadi.

Amanina Syahadah Sulaiman, 22, berkata, kali terakhir melihat kereta itu semalam selepas pulang dari bekerja sebagai penghantar barang.

"Saya baru mula kerja semalam, tetapi hari ini, saya hendak pergi bekerja terkejut melihat kereta hilang di parkir.

"Ibu yang perasan terlebih dahulu kemudian maklum kepada saya. Ini adalah kejadian kali pertama menimpa saya dan saya yakin kereta itu dicuri menjelang subuh," katanya kepada Sinar Harian.

Selain kereta, wanita ini juga kehilangan beg tangan dan wang tunai RM350 yang ada di dalam kereta tersebut.

Kereta Myvi berwarna putih milik Amanina hilang pagi tadi.
Kereta Myvi berwarna putih milik Amanina hilang pagi tadi.

"Mungkin petang semalam balik kerja memang fikir nak masuk rumah, tidak perasan saya tertinggal beg tangan yang menjadi kebiasaan letak di tempat duduk belakang.

"Saya telah lakukan pemeriksaan ke atas kad debit dan ternyata terdapat individu telah menggunakan wang saya di stesen minyak di Shah Alam begitu juga kad Touch 'n Go di Plaza Tol Seri Muda," katanya yang telah menyekat penggunaan kad bank itu.

Artikel Berkaitan:

Kata Amanina, kereta itu mempunyai nilai sentimental tinggi kerana dihadiahkan oleh ibunya.

"Kereta ni baru lagi beli dan baru juga tukar atas nama saya dua bulan lalu. Memang saya sangat sayang kereta ini ibarat nyawa saya kerana hadiah dari ibu.

"Lagipun kereta ini sudah tiada hutang dan pastinya berasa sedih," katanya.

Dalam pada itu, perkongsian kehilangan kereta Amanina menarik perhatian warga net yang bersimpati dan turut membantu ulang kongsi di Twitter hingga tular.

Assalamualaikum & selamat pagi I taktahu nak mulakan macam mana. I tak pernah expect benda ni akan jadi dkt I. I baru lepas hilang kereta I Satu satu nya kereta I buat pergi kerja Last location dia pakai Kad ATM i kat Kesas Shah Alam. Mohon panjang panjang kan tweet ni pic.twitter.com/kKItZDhDos

— Lëo (@ninasulaiman_) August 18, 2020