Pemimpin Amanah Selangor dijangka sertai Pas esok

Ahmad Yunus Hairi (tengah) dalam sidang akhbar Pas Selangor berkaitan isu-isu semasa Selangor di Pejabat Pas Selangor di Seksyen 13 di sini, hari ini.
Ahmad Yunus Hairi (tengah) dalam sidang akhbar Pas Selangor berkaitan isu-isu semasa Selangor di Pejabat Pas Selangor di Seksyen 13 di sini, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pas Selangor mendedahkan seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor dijangka menyertai parti itu esok.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, buat masa ini identiti pemimpin berkenaan tidak dapat didedahkan.

"Insya-ALLAH, esok akan ada kemasukan seorang pimpinan daripada Amanah menyertai Pas, dan kita akan buat secara langsung melalui siaran TV Pas. Semua boleh menyaksikan.

"Beliau bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi merupakan salah seorang pemimpin Amanah dalam negeri ini," katanya pada sidang akhbar Pas Selangor berkaitan isu-isu semasa Selangor di Pejabat Pas Selangor di Seksyen 13 di sini hari ini.

Menurutnya, Pas Selangor kini merekodkan lebih 100,000 ahli dan jumlah keahlian bertambah setiap bulan.

"Seramai 219 keahlian baharu direkodkan Pas Selangor bulan lepas.

"Selangor pernah mencatatkan pertambahan keahlian sebanyak ahli," katanya

Artikel Berkaitan: