Buang bayi perempuan kerana mahu anak lelaki

Bayi perempuan ditemui selamat. Gambar kanan: Bapa membuang bayi perempuan kerana inginkan bayi lelaki. - Foto Daily Mail
Bayi perempuan ditemui selamat. Gambar kanan: Bapa membuang bayi perempuan kerana inginkan bayi lelaki. - Foto Daily Mail
A
A
A

YINCHUAN - Seorang bayi perempuan masih hidup ditemui di dalam tong sampah di Ningxia, China.

Bayi cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui oleh penghantar makanan semasa pulang dari bekerja, lapor Daily Mail.

Lelaki dikenali Hai Yafeng terdengar tangisan bayi sebelum menghampiri sebuah tong sampah.

Sebaik mendekati tong sampah, satu bungkusan beg plastik ditemui dan segera menghubungi pihak berkuasa.

Polis dari Ningxia memberitahu, berdasarkan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati, seorang lelaki dipercayai bapa kepada bayi berkenaan telah bertindak membuang bayi tersebut.

"Rakaman itu menunjukkan lelaki hanya memakai seluar pendek dilihat meninggalkan bayi itu di sebelah tong sampah yang kotor beberapa jam selepas dia dilahirkan.

"Alasannya kerana menginginkan anak lelaki namun anak ketiganya itu adalah perempuan.

"Bayi telah dibawa ke pusat kebajikan tempatan buat sementara waktu," katanya.

Artikel Berkaitan: