Empat parah kereta terjunam dalam sungai

Keadaan kereta dinaiki mangsa remuk setelah terjunam ke dalam sungai di lokasi kejadian. Gambar kecil: Mohd Taufik
Keadaan kereta dinaiki mangsa remuk setelah terjunam ke dalam sungai di lokasi kejadian. Gambar kecil: Mohd Taufik
A
A
A

GUA MUSANG - Empat individu cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian di Kilometer 64 Jalan Gua Musang-Kuala Krai itu dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu laju dalam keadaan hujan lebat itu hilang kawalan.

Menurutnya, kenderaan dipandu mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala Kuala Krai.

“Kenderaan terbabit dipercayai memotong kenderaan lain dan telah hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan yang kemudiannya terjatuh ke dalam sungai,” katanya.

Menurut beliau, mangsa terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki itu menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: