Dua kanak-kanak antara dikesan positif Covid-19

Dr Noor Hisham - Foto fail Bernama
Dr Noor Hisham - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA -[DIKEMASKINI] Dua kanak-kanak berusia tiga dan dua tahun antara tujuh individu dikesan positif Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menerusi data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedua-dua kanak-kanak tersebut merupakan generasi kedua Kluster Sala.

"Ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang merupakan cucu kepada pesakit Covid-19 ke-9208," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, satu kes positif Covid-19 dikesan dari Kluster Tawar.

"Ketiga-tiga kes telah diasingkan untuk dirawat," katanya.

Menurutnya, KKM turut mengesan empat kes import iaitu tiga kes yang mendapat jangkitan di Bangladesh dan satu kes di United Kingdom.

"Pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 adalah 9,219 kes," katanya.

Katanya, jumlah kes aktif Covid-19 adalah 192 kes.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga kini, terdapat lapan kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk dua

memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal 125 kes," katanya.

Menurutnya, terdapat 26 kes yang telah pulih dan dibenar discaj hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,902 kes bersamaan 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.