RB Leipzig idam kejutan lagi

-Foto AFP
-Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI RB Leipzig, Julian Nagelsmann tidak hanya akan berdepan dengan Paris Saint-Germain (PSG) di pentas separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi esok tetapi juga pengurus kelab gergasi Perancis itu, Thomas Tuchel yang menjadi pencetus kepada perkembangan kariernya sejak 12 tahun lalu.

“Ya, sudah tentu saya merupakan bekas pemainnya tetapi itu kisah bertahun-tahun lalu. Sekarang tugas saya adalah melatih pemain-pemain sama juga seperti Tuchel bagi menghadapi fasa penting Liga Juara-Juara kali ini.

“Kebiasaannya, pertembungan dengan Tuchel selalu menarik dan sengit kerana dia mempunyai idea yang baik dalam taktikal bola sepak. Tetapi saya harap kami mampu mencipta kejutan.

“Sudah jelas kualiti yang PSG miliki dengan kehadiran semula Angel di Maria dan Kylian Mbappe yang cukup cergas yang akan menyebabkan kami memerlukan persembahan terbaik untuk mara ke final,” katanya.

Artikel Berkaitan: