X

Kindly register in order to view this article
!

Sindiket dadah Geng Halim tumpas!

Ayob Khan (tiga dari kanan) menunjukkan senjata api jenis Revolver yang dirampas daripada sindiket pengedaran dadah Geng Halim pada sidang akhbar di IPK Johor hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah Geng Halim selain merampas dadah dan aset bernilai RM728,146.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket ini berjaya ditumpaskan menerusi 22 serbuan di sekitar kawasan Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pontian dan Kota Tinggi pada 11 Ogos hingga semalam.

Katanya, seramai 23 suspek berjaya ditangkap terdiri daripada 17 lelaki dan empat wanita tempatan serta dua warga negara Indonesia dan Vietnam berusia lingkungan 31 hingga 50 tahun.

Anggota sindiket pengedaran dadah Geng Halim.
Anggota sindiket pengedaran dadah Geng Halim.

"Seramai 19 suspek didapati positif dadah dan 20 daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah. Polis turut merampas senjata api jenis Revolver bersama sembilan butir peluru hidup.

"Antara dadah yang dirampas ialah 14.03 kilogram (kg) ganja, 6.84 kg heroin, 1.58 kg syabu, 44.31 ketamin dan 400 biji pil yaba. Selain itu, pelbagai barangan kemas, 16 buah kenderaan, enam buah motosikal dan wang tunai RM8,267 turut dirampas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Ganja mampat yang dibungkus kecil seperti coklat diedar sindiket kepada tahanan reman di salah sebuah pusat tahanan reman di negeri ini.
Ganja mampat yang dibungkus kecil seperti coklat diedar sindiket kepada tahanan reman di salah sebuah pusat tahanan reman di negeri ini.

Menurut Ayob Khan, kesemua suspek kini ditahan selama 14 hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 ( 2) ADB 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 6(1)( c) Akta Imigresen 1959/ 63.

"Polis yakin sindiket Halim ini ada hubungan dengan pengedaran dadah di Indonesia. Bekalan dadah dipercayai diambil dari Kuala Lumpur kemudian diedar ke Indonesia menggunakan laluan perairan Johor Barat," katanya.

Tambah Ayob Khan, polis turut mengesan modus operandi baharu yang digunakan sindiket dengan membungkus ganja mampat seperti bentuk coklat kecil untuk diedarkan kepada tahanan reman di salah sebuah pusat tahanan reman di negeri ini.

Pelbagai jenis kereta yang dirampas daripada sindiket pengedaran dadah Geng Halim.
Pelbagai jenis kereta yang dirampas daripada sindiket pengedaran dadah Geng Halim.

"Apabila ahli keluarga orang kena tahan (OKT) datang jumpa, masa inilah sindiket akan edar dadah kepada OKT.

"OKT akan menelan dadah berkenaan sebelum membuang air besar dan mereka akan mencuci najis tersebut lalu menggunakan dadah berkenaan,"katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!